ARTIKEL

Dr. Sim dan Profesor Lee bertukar dokumen selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh Shahren pada Majlis Pertukaran MoU antara Pembangunan Profesional Asia Pasifik (APPD), Centexs dan Curtin University Malaysia di sini, hari ini. Foto CENTEXS

Kerjasama strategik perkasa kemahiran profesional di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat program sijil eksekutif baharu akan diperkenalkan di Sarawak hasil kerjasama Pembangunan Profesional Asia Pasifik (APPD), Centexs dan Curtin University Malaysia bagi memperkukuh kemahiran tenaga kerja negeri.

Kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai hari ini membuka ruang kepada pelaksanaan program dalam bidang perakaunan forensik, pertanian, kepimpinan wanita dan keusahawanan.

Satu lagi bidang, iaitu pengurusan pelancongan, turut dirancang sebagai tambahan pada fasa akan datang.

Program ini akan dimulakan di Kuching sebagai projek perintis sebelum diperluaskan ke lokasi lain di Sarawak, dengan potensi untuk diperluaskan ke peringkat ASEAN.

Dr. Sim dan Profesor Lee bertukar dokumen selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh Shahren pada Majlis Pertukaran MoU antara Pembangunan Profesional Asia Pasifik (APPD), Centexs dan Curtin University Malaysia di sini, hari ini. Foto CENTEXS

Pengarah Urusan APPD, Dr. Michael Sim berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada pendidikan berterusan, khususnya untuk golongan profesional di peringkat pengurusan.

“Fokus kami adalah untuk memperkukuh kemahiran pengurus dalam bidang seperti perakaunan forensik dan pertanian.

“Selain itu, ia juga membantu membuka peluang dalam kepimpinan wanita dan keusahawanan,” katanya pada Majlis Pertukaran MoU antara Pembangunan Profesional Asia Pasifik (APPD), Centexs dan Curtin University Malaysia di sini, hari ini.

Tambah beliau, program pertanian itu akan dijalankan di Miri bagi memanfaatkan kemudahan makmal Curtin University, selain disokong kepakaran industri bagi latihan berbentuk praktikal.

“Ini merupakan pendekatan baharu dalam program eksekutif khusus.

“Kita menggabungkan kepakaran akademik dan industri untuk memperkukuh modal insan Sarawak, terutamanya dalam sektor tumpuan seperti pertanian,” ujarnya.

Sementara itu, Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Curtin Malaysia, Profesor Vincent Lee berkata, kerjasama tersebut selari dengan usaha memperkasa tenaga kerja berkemahiran tinggi di negeri ini.

“Semua program yang diperkenalkan bukan sahaja bertujuan melahirkan bakat baharu, tetapi turut menyokong pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS 2030).

“Inisiatif ini juga penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur kerana Sarawak akan mempunyai tenaga kerja yang lebih bersedia dan berkemahiran,” tambahnya.

Kerjasama ini dijangka memperkukuh keupayaan tenaga kerja negeri dalam menghadapi keperluan industri masa depan serta menyokong pertumbuhan ekonomi serantau yang lebih dinamik.

Turut hadir, Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU