Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kerjasama UPM-Farm Fresh galak cebur bidang tenusu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERDANG: Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Edutourism dimeterai antara Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama-sama Farm Fresh Berhad (FFB) di Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Tenusu UPM-Farm Fresh di sini, hari ini.

Menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam kenyataan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM, kerjasama industri itu bagi meningkatkan minat mahasiswa untuk menceburi industri tenusu.

Selain, memupuk minat generasi muda untuk menceburi bidang pertanian.

Kerjasama strategik ini akan memperkukuhkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan bidang penternakan tenusu dan proses berkaitan serta menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam bidang tumpuan universiti dan industri.

Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad

Bagi Naib Canselor UPM Datuk Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman, perjanjian ini meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, aktiviti keusahawanan pelajar serta latihan kemahiran berkaitan untuk kakitangan UPM.

Sementara, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad Azmi Zainal menyifatkan kerjasama industri dalam kampus membolehkan pelajar mengikuti latihan industri.

Baca lain  Bina bangunan guna pencetak 3D

Sekali gus katanya, menimba pengalaman di FFB serta mempersiapkan diri untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi
Dari kiri, Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Haji Megat Najmuddin, Pengerusi Farm Fresh Berhad, Dato’ Seri Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, dan Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Farm Fresh Berhad bergambar bersama cek bernilai RM1.1 juta ringgit dari Farm Fresh Berhad

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru