ARTIKEL

Suspek dibawa keluar pegawai dan anggota polis dari bilik Mahkamah.

Kes bunuh di Kota Sentosa, buruh kasar direman tujuh hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang buruh kasar ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siaasatan kes bunuh seorang tukang kubur dan cubaan membunuh lelaki berusia 34 tahun di kawasan tanah perkuburan di Jalan Lumba Kuda, Kota Sentosa, Sabtu lalu (3 Januari).

Majistret Ling Hui Chuan membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia 50 tahun itu selepas permohonan daripada pihak polis yang diwakili Pegawai Penyiasat ASP Sylvarius Gopog di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Tahanan reman selama tujuh hari itu bermula 5 hingga 12 Januari ini.

Siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana sengaja membunuh, dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Pada 4 Januari lalu, seorang suspek wanita berusia 28 tahun turut ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes.

Terdahulu media melaporkan penemuan seorang mayat warga emas yang merupakan tukang kubur ditemui terbaring di premis tapak perkuburan Cina di Kota Sentosa pada 3 Januari lepas.

Terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah turut dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Siasatan kes turut dilakukan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Inspektor Elvin Manjan Banta dan Sarjan Mejar Ridvaner Haddi.

Suspek dibawa keluar pegawai dan anggota polis dari bilik Mahkamah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU