ARTIKEL

Bernama

Kes bunuh pelajar universiti swasta di Cyberjaya: Tiga suspek disambung reman tujuh hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.

Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.40 pagi, dan perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok hingga Khamis depan.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 27 Jun dan tamat hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata penahanan empat individu termasuk suspek utama, iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 48 jam.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10 pagi, 24 Jun lepas.

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU