ARTIKEL

RAMPAS…Antara dadah yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kuching pada Rabu lepas.

Kes Dadah: Empat Individu Termasuk Dua Wanita Ditahan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat individu termasuk dua wanita diberkas dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Rabu lalu, dengan rampasan keseluruhan lebih 50 gram dadah disyaki methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi tersebut melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak.

“Dalam serbuan pertama sekitar 8.05 pagi di Jalan Resak, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan bersama dengan 6.14 gram dadah bernilai kira-kira RM675.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine, selain mempunyai 10 rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, operasi diteruskan pada sebelah petang di kawasan Lorong Lapangan Terbang apabila seorang wanita berusia 41 tahun diberkas di kaki lima sebuah apartmen sekitar 5.05 petang.

Hasil pemeriksaan ujar Alexson, pasukan menemukan 21.84 gram dadah dianggarkan bernilai RM1,090.

“Suspek turut didapati positif dadah serta mempunyai dua rekod jenayah lampau,” katanya.

Tambah beliau, lima minit kemudian, serbuan ketiga di lokasi yang sama membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun dan seorang wanita berusia 41 tahun di dalam sebuah apartmen.

Katanya, polis merampas 31.50 gram dadah bernilai kira-kira RM1,575 daripada kedua-dua suspek.

“Ujian saringan turut mendapati mereka positif dadah, dengan suspek lelaki mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk penjara sehingga seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Beliau berkata, kejayaan tersebut hasil risikan berterusan serta maklumat orang awam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium