ARTIKEL

Gambar hiasan

Kes jasad dalam beg: Suspek utama dihadapkan ke mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Lelaki yang dipercayai sebagai suspek utama dalam kes penemuan jasad Suri Narudin, yang ditemui di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas pada 18 Disember lalu, dijangka dihadapkan di Mahkamah Majistret Tampin esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan suspek berusia 51 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian mangsa.

Menurut beliau, seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang sebelum ini turut ditahan tidak akan didakwa, sebaliknya akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

“Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak menyebarkan andaian atau spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan kes, sebaliknya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan mayat yang ditemui berkenaan dipercayai milik seorang wanita yang dilaporkan hilang dari Ampang, Selangor sejak 8 Disember.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lelaki bagi membantu siasatan sebelum identiti mangsa disahkan sebagai Suri Narudin, 53 tahun, melalui pemeriksaan serta padanan cap jari dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU