ARTIKEL

BERCAKAP... Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Kes PETROS dan PETRONAS tidak berkait dengan petisyen di Mahkamah Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang menolak permohonan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung tuntutannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak mempengaruhi petisyen yang difailkan oleh Kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, keputusan tersebut hanya melibatkan kedua-dua entiti berkenaan sahaja.

“Isu tersebut merupakan kes komersial dan tidak ada kaitan dengan petisyen yang kita failkan di Mahkamah Persekutuan.

“Apa yang kita failkan di Mahkamah Persekutuan adalah untuk mendapatkan penentuan serta kejelasan undang-undang antara negeri dan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Siap Projek Dewan Taman Sukma di Dewan Taman Sukma, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, orang ramai perlu faham bahawa dua isu ini berbeza dan tidak ada kaitan antara satu sama lain.

“Tidak bermakna apabila mahkamah membuat keputusan tersebut, akan menjejaskan petisyen yang kita failkan di Mahkamah Persekutuan.

“Kedua-duanya adalah perkara yang berlainan. Satu melibatkan pertikaian komersial antara PETROS dan PETRONAS, manakala satu lagi merupakan petisyen untuk mencabar beberapa peruntukan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, Hasidah menegaskan sekali lagi bahawa kes PETROS dan PETRONAS merupakan pertikaian komersial antara kedua-dua pihak yang dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh mahkamah.

“Namun, ini adalah keputusan yang pada pandangan saya, sebagai rakyat, kita harus menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

Sementara, Kerajaan Sarawak telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kesahihan perlembagaan dan keberterusan pemakaian beberapa akta terhadap Sarawak.

Ia termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 (“Akta-Akta Persekutuan”).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU