SIBU: Daerah Daro hari ini mencatatkan satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang pengurus sebuah ladang di daerah tersebut.
Perkara ini disahkan oleh sumber dari Hospital Daro, hari ini.
Menurut sumber itu, kes ini membabitkan seorang lelaki yang tidak ketahui umurnya.
“Sejarah perjalanan dia KK Petanak selepas itu dibawa ke Hospital Daro akibat sakit semakin serius.
” Selepas itu dibawa ke Hospital Sibu dan didapati positif Covid-19 selepas dibuat swab test.
“Justeru itu, sila elakkan dari ke Hospital Daro, Pulau Bruit atau kawasan sekitarnya buat sementara waktu,” katanya.
Menurutnya lagi, mana-mana staff ladang atau saudara-mara yang ada kontak rapat dengan pesakit itu atau rakan-rakan dari kawasan Bruit dan berjumpa dengan mereka dari akhir bulan Disember 2020, diminta untuk jalani melakukan calitan.
“Sekarang tiada gejala atau tanda terkena Covid-19 menyebabkan pesakit semakin parah.
“Saya cadangkan mana-mana yang ada temu janji dengan Hospital Daro sila buat temu janji semula,” tambahnya.
Pesakit berkenaan difahamkan sudah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, beberapa Kakitangan Hospital Daro juga sudah diarahkan menjalani kuarantin kendiri.

JIM Sarawak serbu lapan lokasi, tahan 74 warga asing
KUCHING: Seramai 74 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak selepas pemeriksaan di lapan lokasi sekitar Kuching menerusi Ops Mahir dan Ops Sapu yang

