ARTIKEL

Gambar suspek kes tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi semalam yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia. - BERNAMA

Kes tembakan di KLIA: Suspek ditahan di Kelantan – KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu kepada BERNAMA, berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan di satu lokasi di daerah itu kira-kira 3 petang tadi.

Katanya, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat berhubung penahanan suspek.

“Ya, saya sahkan tangkapan itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawal peribadi berkenaan, yang sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU