ARTIKEL

Kes tertembak rakan sendiri di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Polis Betong mengesahkan satu kes tertembak rakan berlaku di Rh. Ming Nyelutong, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Betong Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah memberitahu, siasatan awal mendapati semasa kejadian pengadu yang juga suspek, 51, seorang petani ketika berada di kebun getah berdekatan dengan rumah panjang ternampak kelibat seekor babi hutan di atas bukit dengan jarak lebih kurang 15 meter.

“Suspek kemudian melepaskan satu das tembakan dan dalam masa yang sama terdengar bunyi seseorang meraung.

“Suspek berlari ke arah tersebut dan dapati mangsa dikenali Entri Anak Thomas Tama terbaring di atas tanah dalam keadaan berdarah. Seketika kemudian, mangsa meninggal dunia.

“Ekoran itu, suspek melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Betong pada 6:53 petang,” katanya.

Jelasnya, mangsa masih berada di tempat kejadian. Pegawai penyiasat serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Kes masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road