ARTIKEL

HANIFAH (dua kanan) semasa mengadakan dialog dengan pihak Klinik Kesihatan Jalan Oya.

Kes URTI meningkat, JKNS perkukuh pemantauan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di Sarawak meningkat ketara pada pertengahan Ogos ketika negeri ini dilanda jerebu, dengan Zon Selatan merekodkan kira-kira 1,250 kes.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib, Zon Tengah pula merekodkan lebih 1,000 kes, manakala Zon Utara mencatatkan kemuncak hampir 400 kes dalam tempoh berkenaan ketika berucap pada sidang media di Klinik Kesihatan Jalan Oya di sini, hari ini.

Peningkatan berkenaan menunjukkan kesan jerebu terhadap kesihatan awam perlu diberi perhatian serius, khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi.

HANIFAH (kanan) ditemui media selepas lawatan tersebut.

Dalam perkembangan sama, jumlah pesakit asma yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak turut menunjukkan peningkatan pada beberapa hari sepanjang Ogos.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan keseluruhan setakat ini belum menunjukkan peningkatan kes asma yang ketara dan berterusan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan terus memantau keadaan dan meningkatkan kesiapsiagaan bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap orang awam,” katanya.

HANIFAH (dua kiri) semasa mengadakan sesi dialog dengan pihak Klinik Kesihatan Jalan Oya.

Katanya, antara langkah yang dilaksanakan termasuk mempertingkat pengawasan penyakit berkaitan jerebu bagi mengesan perubahan trend dan membolehkan tindakan kesihatan awam diambil segera.

Perkhidmatan perubatan di fasiliti kesihatan turut diperkukuh dengan memastikan bekalan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan keanggotaan mencukupi mengikut keperluan.

“Pendidikan kesihatan dan komunikasi risiko juga akan dipertingkatkan, khususnya kepada golongan berisiko tinggi, bagi meningkatkan kesedaran mengenai langkah pencegahan serta tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Mukah.

Hanifah menasihatkan orang ramai mengelakkan aktiviti fizikal di luar ketika jerebu bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Orang ramai turut dinasihatkan menutup tingkap dan pintu bagi menghalang jerebu memasuki kediaman serta menggunakan penghawa dingin berkecekapan tinggi, penapis atau penulen udara bagi meningkatkan kualiti udara dalaman.

Bagi pengguna kenderaan, beliau menasihatkan supaya menggunakan mod peredaran udara dalaman ketika memandu.

Hanifah turut mengingatkan orang ramai supaya memastikan pengambilan air mencukupi dengan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari, walaupun tidak berasa dahaga.

Mereka yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, sakit tekak, sesak nafas atau sakit mata dinasihatkan mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang aktiviti berkenaan kepada pihak berkuasa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira