ARTIKEL

FOTO fail jemaah Muslim berbuka puasa di Masjid Nabawi di kota suci Madinah, Arab Saudi, semasa Ramadan. | AFP

Kesedaran jemaah terus diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi memperhebat usaha kesedaran dan bimbingan bagi mendidik jemaah haji serta pengunjung mengenai adab tertib menziarahi Masjid Nabawi dan cara yang betul memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW serta dua sahabat baginda.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), usaha itu dilaksanakan menerusi sistem bimbingan bersepadu dan kandungan pengisian dalam beberapa bahasa bagi meningkatkan kesedaran agama dan intelektual pengunjung sepanjang musim haji.

Program kesedaran itu termasuk penyampaian mesej bimbingan secara langsung di dalam Masjid Nabawi dan kawasan pekarangannya, selain penggunaan skrin digital serta kandungan digital berbilang bahasa.

Program itu bertujuan mendidik jemaah mengenai hukum dan adab tertib berkaitan ziarah, selain menggalakkan tingkah laku yang mencerminkan penghormatan terhadap tempat suci itu sambil mengekalkan ketenteraman dan ketertiban di Masjid Nabawi, menurut laporan itu.

Pihak berkuasa itu menegaskan komitmennya untuk menyampaikan mesej kesedaran menerusi medium yang mudah diakses dengan mengambil kira kepelbagaian warganegara dan bahasa jemaah sebagai sebahagian daripada usaha memperkaya pengalaman kerohanian mereka serta menyebarkan mesej kesederhanaan dua Masjid Suci. – Bernama

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,