ARTIKEL

Gambar Hiasan

Keselamatan jadi keutamaan penganjur dalam kejohanan berbasikal di Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pejabat Daerah Samarahan amat berdukacita dengan insiden yang berlaku semasa penganjuran Samarahan Bike Challenge 2026 pada Ahad lepas.

Menurut satu kenyataan, ingatan dan doa pihak pejabat berkenaan yang juga penganjur perlumbaan terbabit sentiasa bersama semua peserta yang terlibat, khususnya mereka yang mengalami kecederaan.

Pihaknya mendoakan agar semua peserta yang terlibat diberi kesembuhan cepat dan sepenuhnya.

Sebagai badan penganjur, pihak berkenaan sentiasa mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua peserta, pegawai serta orang awam.

Sejurus sahaja insiden berlaku, pasukan tindak balas kecemasan dan petugas perubatan telah digerakkan bagi memberikan bantuan segera kepada peserta yang terlibat.

Pejabat Daerah Samarahan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas perubatan, anggota pasukan kecemasan, agensi penguat kuasa serta pegawai teknikal yang telah menguruskan situasi tersebut.

Pada masa ini, Pejabat Daerah Samarahan sedang bekerjasama rapat dengan Persatuan Berbasikal Sarawak sebagai rakan teknikal, agensi penguat kuasa berkaitan serta semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan gambaran dan fakta yang lengkap berhubung insiden tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga proses siasatan dan pengumpulan fakta selesai.

Selepas proses semakan dan siasatan selesai, semua penemuan akan dinilai secara menyeluruh bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek perancangan, penyelarasan dan langkah-langkah keselamatan untuk penganjuran acara pada masa hadapan.

Pejabat Daerah Samarahan kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan setiap acara berbasikal yang dianjurkan di Kota Samarahan memenuhi piawaian standard terbaik dari segi keselamatan, pengurusan dan penyelarasan.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, rakan strategik dan anggota masyarakat atas kesabaran, pemahaman serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh ini.

Penganjur akan terus komited dalam menyokong budaya gaya hidup sihat dan pembangunan aktiviti sukan komuniti, di samping sentiasa berusaha memastikan setiap program dan acara dilaksanakan dengan selamat, bertanggungjawab serta mematuhi amalan terbaik dalam aspek pengurusan dan keselamatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU