ARTIKEL

Datuk Seri Azalina Othman Said

Keselamatan pemberi maklumat kini lebih terlindung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Rakyat dijangka lebih yakin untuk tampil melaporkan sebarang salah laku atau penyelewengan tanpa rasa takut susulan kelulusan sebulat suara Dewan Rakyat terhadap Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025.

Bahagian Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, kelulusan ini merupakan pencapaian penting Kerajaan MADANI dalam agenda reformasi undang-undang dan institusi kerana membawa penambahbaikan terhadap perlindungan kepada pemberi maklumat di negara.

M. Kulasegaran

“Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 ini telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran, telah menggulung perbahasan bagi pindaan RUU ini di Dewan Rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, antara pindaan utama yang diluluskan adalah penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat – berperanan memantau dan menyelaras pelaksanaan Akta ini secara lebih sistematik serta memastikan keberkesanan perlindungan kepada pemberi maklumat.

“Pindaan juga melibatkan pemotongan proviso dalam Seksyen 6(1), iaitu tidak seharusnya wujud mana-mana peruntukan undang-undang yang melindungi atau menyokong tindakan yang salah seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa pindaan memperuntukkan perluasan perlindungan kepada pemberi maklumat melalui Program Perlindungan Saksi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, terutamanya bagi pemberi maklumat yang menghadapi ancaman keselamatan selepas pendedahan dibuat.

“Pindaan ini amat penting bagi peruntukkan pembatalan perlindungan jika seseorang pemberi maklumat didapati menyertai kelakuan tidak wajar tersebut,” ujarnya.

Kerajaan MADANI tetap komited untuk menolak segala bentuk intimidasi terhadap pemberi maklumat dan akan terus memperkukuh dasar perlindungan demi membina Malaysia yang lebih telus, berintegriti dan bebas rasuah.

“Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen, pihak berkepentingan dan masyarakat sivil atas sumbangan, maklum balas serta sokongan dalam menjayakan pindaan ini demi masa depan negara,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar