ARTIKEL

Kesiapsediaan Thailand mendepani banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Thailand memperhebat usaha menangani banjir di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi satu lagi episod hujan lebat yang diramal pada 4 hingga 5 Oktober ini, dengan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan semua agensi berkaitan menyelaraskan tindak balas kecemasan bagi golongan rentan.

Anutin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata menerusi pendekatan kerajaan “Tiada Siapa Tercicir”, pihak berkuasa diarahkan memastikan bantuan disalurkan tepat pada masanya kepada warga emas, pesakit terlantar, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

“Pihak berkuasa perlu mempercepat penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas di seluruh negara dan melakukan tinjauan terhadap isi rumah yang masih kekurangan bekalan keperluan asas, khususnya golongan rentan,” katanya selepas mesyuarat Pusat Operasi Pencegahan dan Mitigasi Bencana Kebangsaan.

Beliau turut mengarahkan penyelarasan rapi antara pihak berkuasa wilayah dan tentera dalam melaksanakan operasi tindak balas banjir, termasuk usaha pemindahan serta pemulihan pascabanjir.

Anutin turut menekankan kepentingan menggunakan satu set maklumat yang seragam ketika berkomunikasi dengan orang ramai, khususnya mengenai paras air dan operasi sistem saliran.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), banjir melanda 43 wilayah dan Bangkok antara 16 hingga 30 September, menjejaskan lebih 1.14 juta isi rumah.

Setakat 1 Oktober, banjir masih melanda 29 wilayah dan beberapa kawasan di Bangkok, menurut jabatan itu.-Bernama

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,