ARTIKEL

Dr Abdul Rahman ketika menghadiri program Senaman Cergas 1 Kenyalang 2026 yang berlangsung bersempena dengan DBKU Car Free Day dan What About Kuching (WAK) Festival 2026. | FOTO: UKAS

Kesihatan rakyat asas pembangunan Sarawak menjelang 2030 – Dr Abdul Rahman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesihatan dan kesejahteraan rakyat perlu menjadi antara asas utama pembangunan Sarawak menjelang 2030, memandangkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menyumbang secara lebih produktif kepada pembangunan negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kemajuan sesebuah negeri tidak seharusnya diukur berdasarkan pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur moden dan jumlah pelaburan semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira tahap kesihatan serta kesejahteraan rakyat.

“Rakyat yang sihat merupakan rakyat yang produktif. Apabila kita semua aktif dari segi fizikal dan sihat dari segi mental, kita akan lebih bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Senaman Cergas 1 Kenyalang 2026 yang berlangsung bersempena dengan DBKU Car Free Day dan What About Kuching (WAK) Festival 2026, di sini, hari ini.

Tambahnya, rakyat yang sihat dan aktif merupakan aset penting dalam membina keluarga, tempat kerja dan komuniti yang lebih sejahtera, sekali gus menyokong aspirasi Sarawak menjadi negeri maju dan makmur menjelang 2030.

Mengenai program itu, Dr Abdul Rahman berkata, usaha seumpama itu memainkan peranan penting dalam membudayakan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian masyarakat, tanpa mengira usia atau tahap kecergasan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa penyertaan dalam aktiviti kecergasan tidak memerlukan seseorang menjadi atlet profesional, sebaliknya bermula dengan kesediaan untuk bergerak dan mengambil langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Pada masa sama, beliau turut menjemput orang ramai menyertai edisi khas Car Free Morning sempena Sarawak Urban Forum 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad terakhir bulan ini di Padang Merdeka.

Katanya, program berkenaan merupakan acara tahunan DBKU yang turut membuka ruang penyertaan kepada pengunjung dari luar Kuching, luar Sarawak dan luar negara.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian