
SRI AMAN: Ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat akar umbi harus mengetepikan segala perbezaan, sebaliknya menumpukan kepada perjuangan memenangkan parti itu di 31 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, dalam tempoh penting ini semua ahli parti harus fokus berkayuh menuju ke satu arah.
“Hala tuju tersebut adalah ke arah memenangi kesemua 31 kerusi pada 19 November akan datang.

KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) menggesa Parti Tindakan Demokratik (DAP) menarik diri daripada bertanding di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Justeru, sebarang perbezaan atau perasaan tidak mesra dalam kalangan ahli di akar umbi harus segera ditenggelamkan,” katanya dalam pertemuan dengan pengerusi dan ahli jawatankuasa empat cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Bahagian Sri Aman di sini, hari ini.
Sementara, Timbalan Presiden PBB itu turut menggesa 6,000 ahli parti di Parlimen Sri Aman agar mengundi calon GPS iaitu Datuk Seri Doris Sophia Brodie daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Menyentuh tentang Doris, Uggah menyifatkan pencalonan Ketua Wanita PRS itu merupakan keputusan tepat.
“Doris bukan sahaja berpengetahuan luas tetapi tegas, berkebolehan dan telah berjalan berkilo-kilometer dalam karier politik.
“Malah, mempunyai semua kualiti untuk menjadi pemimpin demi masa depan yang lebih cerah,” tambahnya.



