ARTIKEL

Stephen Rundi menyentuh skrin komputer riba sebagai simbolik merasmikan Program Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Komuniti MLNG: Maklumat Bahaya Kemalangan Besar Industri kepada Orang Awam 2026 di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Ketua kaum, JKKK disaran tubuh jawatankuasa keselamatan komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ketua kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran menubuhkan jawatankuasa keselamatan komuniti bagi memperkukuh pencegahan jenayah, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta melindungi kesejahteraan penduduk di kawasan masing-masing.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penubuhan jawatankuasa itu dapat membantu menyelaraskan tindakan penduduk dan memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani pelbagai ancaman keselamatan.

Beliau berkata pelibatan aktif pemimpin masyarakat penting bagi memastikan penduduk mempunyai saluran komunikasi yang berkesan serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila berdepan kecemasan, kejadian jenayah atau kegiatan mencurigakan.

Stephen Rundi menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman(MoU) antara Pertrosains Sdn. Bhd dengan The Ranee Sdn. Bhd bagi inisiatif Sisa Kepada Produk (Waste-to-Product) Petrosains.

“Jika berlaku sesuatu kejadian, kita perlu tahu tindakan yang perlu diambil dan bagaimana untuk menghubungi pihak keselamatan supaya setiap insiden dapat ditangani dengan pantas dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Komuniti MLNG: Maklumat Bahaya Kemalangan Besar Industri kepada Orang Awam 2026 di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Stephen Rundi berkata aspek keselamatan perlu ditangani secara menyeluruh, bukan sahaja membabitkan perlindungan fizikal, malah turut merangkumi kesejahteraan sosial dan kerohanian masyarakat.

Menurutnya, setiap komuniti perlu mempunyai prosedur tindak balas kecemasan yang jelas, termasuk langkah menangani kejadian kecurian, mengenal pasti aktiviti mencurigakan dan menyalurkan maklumat kepada polis serta agensi keselamatan berkaitan.

Beliau menegaskan kerjasama berterusan antara masyarakat dengan agensi keselamatan, disokong sistem tindak balas kecemasan yang teratur, penting bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera untuk semua.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU