ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (tengah) menyaksikan penyerahan notis dan sijil pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong serta DUN Bawang Assan oleh Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman kepada salah seorang penerima.

Ketua masyarakat perlu berkhidmat tanpa mengira fahaman politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Ketua masyarakat dan ketua kaum perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata pelantikan sebagai ketua masyarakat bukan sekadar jawatan, sebaliknya satu amanah besar yang menuntut komitmen, integriti dan kesediaan membantu rakyat terutama ketika menghadapi kesusahan.

“Apabila sudah diberi kepercayaan memegang jawatan, jalankan tugas dengan sebaiknya.

“Jangan pegang jawatan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Notis dan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan DUN Bawang Assan di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menukar mana-mana ketua masyarakat sekiranya didapati gagal menjalankan tugas atau tidak lagi mendapat keyakinan masyarakat.

Tiong berkata ketua masyarakat juga tidak seharusnya terlalu aktif dalam politik kepartian sehingga menjejaskan peranan mereka sebagai wakil kerajaan di peringkat akar umbi.
“Sebagai ketua masyarakat, kita mesti berlaku adil dan memberi perkhidmatan kepada semua tanpa mengira parti. Undang-undang kerajaan negeri jelas dalam perkara ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan golongan itu supaya setiap isu yang timbul di peringkat komuniti ditangani secara berhemah dan jika perlu, dirujuk kepada pejabat daerah atau pihak pentadbiran bagi memastikan keputusan yang dibuat adil kepada semua pihak.

Selain itu, Tiong menggesa semua pihak menghormati keputusan jawatankuasa pemilihan KMKK serta tidak mempertikaikan proses pelantikan yang telah ditetapkan.

Mereka yang tidak lagi memegang jawatan, katanya masih boleh terus menyumbang kepada masyarakat melalui platform lain sekiranya mempunyai niat untuk berkhidmat.

“Yang penting ialah semangat perpaduan dan keikhlasan untuk membantu rakyat,” katanya sambil berharap semua ketua masyarakat dan ketua kaum dapat memperkukuh kerjasama serta meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan komuniti setempat.– BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road