KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang Ketua Polis Daerah di negeri ini yang dilaporkan melakukan gangguan seksual terhadap seorang anggota polis wanita bawahannya.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Dilaporkan, mangsa tampil membuat laporan polis semalam, yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pegawai kanan terbabit.
Kejadian itu berlaku sejak bulan lalu selepas mangsa ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.


