KUCHING: Sebuah kilang penyimpanan dan pembungkusan barang milik sebuah pasar raya musnah terbakar.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira 10.48 pagi tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, BBP Padungan dan BBP Batu Lintang ke lokasi yang terletak di Lot 741-742, Lorong Setia Raja 1D, Muara Tabuan Light Industrial Park.

“Kebakaran melibatkan dua struktur dengan api bermula dari beberapa kontena yang dijadikan sebagai rumah pekerja sementara dan merebak ke struktur belakang kilang.
“Kebakaran menyebabkan kilang yang berkeluasan 100×100 kaki persegi itu terbakar 70 peratus,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah ketika ini, anggota bomba masih melakukan operasi pemadaman di sisi kiri kilang bagi memadam longgokan pelbagai barangan yang masih banyak terbakar, yang berkeluasan 30×30 kaki persegi dengan menggunakan buih,” katanya.


