ARTIKEL

Foto: Bernama

Kita ada PENINGKATAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MEMIKUL harapan Malaysia untuk memenangi Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB M6), Selangor Red Giants (SRG) terpaksa akur mengakhiri perjuangan di peringkat akhir lower bracket pada 14 Disember lalu.

SRG dibarisi Muhd Qayyum Ariffi n Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent), menerima kekalahan 0-3 kepada Team Liquid Indonesia.

Walaupun aksi sengit berjaya ditampilkan pada perlawanan pertama, namun wakil Malaysia ini dikejutkan dengan aksi lincah Sultan Muhammad (AeronnShikii) dan Favian Bayu Putra (Faviannn) menerusi hero masingmasing – ‘Granger’ dan ‘Joy’.

Perlawanan kedua dan ketiga juga tidak memihak kepada SRG apabila dikalahkan dengan cacatan masa 18 dan 11 minit. Kekalahan tersebut, sekali gus menamatkan misi SRG untuk mencipta Golden Road selepas mereka mencatat kejayaan berganda dengan menjuarai Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, Kejohanan Mid Season Cup (MSC) di Riyadh, Arab Saudi dan Kejohanan Dunia IESF 2024.

Perlawanan akhir MLBB M6 pula menyaksikan pasukan Fnatic Onic PH (Filipina) mengesahkan status selaku juara dunia selepas muncul sebagai pemenang.

Kejayaan ini menyaksikan takhta kejohanan dunia kekal milik Filipina untuk kali kelima – M2 hingga M6.

Grant Duane Pillas (Kelra) memainkan watak penting dalam perlawanan akhir menyaksikan dia diangkat sebagai pemain paling bernilai.

Pun begitu, pencapaian SRG tetap membanggakan rakyat Malaysia walaupun hanya menyamai pencapaian yang dilakar pasukan Todak pada kempen M1, lima tahun lalu.

Untuk makluman, pada hari yang sama berlangsung perlawanan SRG menentang Team Spirit untuk aksi separuh akhir lower bracket.

Saingan M6 kali ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$1 juta (RM4.45 juta).

Setelah Malaysia menutup tirai sebagai tuan rumah MLBB M6, Indonesia disahkan sebagai tuan rumah untuk perlawanan akhir MLBB M7.

Ini bermakna, proses M7 mulai daripada babak Wildcard, Swiss Stage sehingga Knockout Stage akan diadakan di pelbagai lokasi merentasi negara – hanya perlawanan akhir di Indonesia.

E-SUKAN MALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, mengumumkan kerajaan bersetuju menyediakan RM20 juta untuk memperkasakan ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan.

Daripada jumlah tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM10 juta akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.

Pembinaan stadium baharu ini bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan industri berkenaan pada masa hadapan.

Ia selari dengan hasratnya untuk Malaysia menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik antarabangsa pada masa akan datang, selepas M6.

Dedahnya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk e-sukan ditubuhkan di Sarawak yang tidak terhad kepada permainan semata-mata.

E-SUKAN SARAWAK

Sarawak terus aktif dalam menonjolkan potensi belia tempatan menerusi industri sukan elektronik melalui Pelancaran Hab Latihan dan Akademi Pensijilan e-Sport pertama di wilayah ini.

Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) menjadi institusi pertama di Malaysia yang menawarkan kursus dan latihan dalam e-Sukan melalui penubuhan kampus satelit di JUMA’ANI Pavilion di Kuching.

Tidak hanya tertumpu kepada pemain profesional, hab ini juga berperanan penting sebagai pusat utama bagi pembangunan bakat tempatan, menyediakan peluang baharu, membina kerjaya untuk individu yang bekerja di belakang tabir termasuk dalam aspek teknikal, pemasaran dan pengurusan e-Sukan.

Sementara itu, Ekspo E-Sukan Sarawak (SAREX) turut menjadi salah satu inisiatif pemerkasaan e-sukan di wilayah ini.

SAREX bermula sebagai inisiatif tempatan kini berkembang menjadi salah satu acara e-sukan utama di Asia Tenggara sejak ia dimulakan pada 2018.

Baru-baru ini, Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengumumkan bahawa kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan persatuan untuk menjadikan SAREX sebagai acara tahunan rasmi dalam kalendar pelancongan negeri.

Melihat kepercayaan diberikan oleh pihak kerajaan, saya percaya Malaysia mampu menjadi hab e-sukan yang dikenali di rantau ini.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU