K’jan bina blok sementara untuk Depot Tahanan Imigresen Semuja

SERIAN: Kerajaan Sarawak akan membantu Jabatan Imigresen mewujudkan blok tambahan sementara di Depot Tahanan Imigresen Semuja, sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 ke atas tahanan yang ditempatkan di situ.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu di buat disebabkan lapan blok sedia ada di situ yang menempatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) kini terlalu padat dengan satu blok menempatkan seramai 75 orang tahanan.

“Saya rasa kalau tidak ada Covid-19 tak apa, tetapi apabila ada Covid-19, kita hendaklah cuba menyesuaikan tempat supaya tidak terlalu padat”,katanya.

Abang Johari pada sidang media sempena lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Semuja, hari ini.

“Maka saya bersetuju mewujudkan blok tambahan sementara di sini supaya mereka (tahanan) dapat di kuarantin 10 orang dalam satu bilik berbanding sekarang 20 orang dalam satu bilik,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Semuja di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Mereka turut ditemani Duta Khas Perdana Menteri Ke Asia Timur (Jepun, Korea Selatan dan Taiwan) Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin Jawong, Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing, Pengarah Imigresen Sarawak Datuk Ken Leben dan Pengarah Penjara Sarawak Mohamad Rosidek Musa.

Suara Sarawak