ARTIKEL

Dr. Maurice Steve Utap.

KKBM Jalan Padang Kerbau mula operasi 2 Jan 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Klinik Kesihatan Bandaraya Miri (KKBM) baharu yang terletak di Jalan Padang Kerbau, dekat sini akan mula beroperasi pada 2 Januari tahun hadapan.

Ketua Pakar Perubatan Keluarga Bahagian Miri Dr. Maurice Steve Utap berkata, terdapat 12 jenis perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kesihatan tersebut.

Notis Pembukaan Operasi KKBM.

“Antaranya termasuk rawatan pesakit luar, rawatan kecemasan, jagaan kesihatan ibu mengandung, kesihatan bayi dan kanak-kanak.

“Ia sekali gus, merangkumi kesihatan wanita, perancang keluarga, kaunseling pemakanan, farmasi, x-ray, makmal, rehabilitasi serta klinik pergigian,” katanya.

Beliau yang juga pegawai bertanggungjawab bagi KKBM berkata demikian menerusi laporan berita Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.

Tambahnya, lokasi KKBM berdekatan dengan Hospital Miri dan akan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Katanya, klinik tersebut tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum.

“Justeru, orang ramai khususnya penduduk di bandar raya Miri dipelawa untuk mendapatkan rawatan di KKBM sekali gus diminta mematuhi peraturan-peraturan klinik yang ditetapkan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU