ARTIKEL

Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan Projek BALB kepada kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

KKDW serah pelaksanaan projek air luar bandar RM3.47 bilion kepada Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyerahkan sepenuhnya pelaksanaan 80 projek bekalan air luar bandar di Sarawak bernilai kira-kira RM3.47 bilion kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu merupakan ‘game changer’ yang mencerminkan komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mempercepat pelaksanaan projek bekalan air luar bandar.

Beliau berkata daripada keseluruhan projek itu, 50 masih dalam pelaksanaan, sembilan siap dilaksanakan, manakala 20 berada pada peringkat pascapelaksanaan dan satu projek dibatalkan.

“Mulai hari ini, pelaksanaan akan diserahkan kepada JBALB bagi mempercepat penyediaan bekalan air, khususnya projek yang dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan Projek BALB kepada kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan Projek BALB kepada kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

Ahmad Zahid berkata walaupun terdapat beberapa kekangan, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk tidak menuding jari, sebaliknya mencari pendekatan terbaik bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata beberapa siri perundingan diadakan melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu peraturan yang menjadi kekangan sebelum ini.

“Kita juga terbuka menerima saranan kerajaan negeri bagi mempercepat pelaksanaan tanpa mengetepikan peraturan dan aspek perundangan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak turut mempunyai perancangan sendiri untuk mencapai liputan bekalan air menyeluruh menjelang 2030, dengan pelaksanaan oleh kerajaan negeri kini mencecah kira-kira 93 peratus.

“Ini satu pencapaian yang baik. Sebab itu kita tidak mahu proses hanya bertukar pihak pelaksana tetapi masih berdepan kekangan yang sama. Kita mesti cari penyelesaian,” katanya.

Menyentuh soal peningkatan kos projek, Ahmad Zahid mengakui perkara itu merupakan antara cabaran utama dan akan diteliti oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara sebelum sebarang keputusan dibawa ke Kabinet.

Beliau berkata sebarang keputusan termasuk penambahan peruntukan atau pelarasan skop projek akan diumumkan kemudian.

Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan Projek BALB kepada kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

BERITA LAIN

BERITA TERBARU