ARTIKEL

Gambar hiasan janaan AI

KKM amal dasar toleransi sifar terhadap buli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima aduan yang diterbitkan di media sosial dan media tempatan mengenai insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

Isu ini telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan, dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

Pihak yang terlibat juga digalakkan untuk membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp bagi memudahkan siasatan.

Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM.

KKM mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli, kerana ini bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil untuk semua.

Tindakan tegas, termasuk tindakan tatatertib, akan diambil ke atas pelaku jika kesalahan dapat dibuktikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU