ARTIKEL

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika ditemui dalam sidang media. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

KKM salur bantuan kewangan dan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyalurkan bantuan berbentuk kewangan serta sokongan psikologi kepada ahli keluarga yang terjejas susulan kes kematian membabitkan pasangan suami isteri di sebuah kediaman di Sri Aman, pada Rabu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata usaha itu akan dilaksanakan mengikut prosedur yang sewajarnya dengan memfokuskan kepada tiga anak mangsa yang dijangka mengalami kejutan akibat peristiwa tersebut.

“Selalunya saya akan membuat sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa, dan kebiasaannya itu merupakan tanggungjawab kita terhadap petugas yang meninggal dunia. Pastinya ia turut merangkumi sokongan psikologi kepada anak-anak yang mengalami kejutan akibat tragedi ini, dan perkara tersebut perlu ditangani segera.

“Kita akan memberikan Psychological First Aid (PFA). Pasukan kami serta kumpulan lain akan terus digerakkan untuk menyediakan sokongan psikologi, khususnya kepada anak-anak ini dan juga ahli keluarga yang sememangnya mengalami kejutan susulan kejadian tersebut, supaya ia dapat ditangani dengan cepat dan berkesan,” katanya.

Terdahulu, kes kematian pasangan suami isteri itu menyaksikan suami merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di kawasan Lubok Antu, manakala isterinya ialah seorang jururawat di Hospital Sri Aman II.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan polis dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU