ARTIKEL

KKM saran tiada rentas negeri zon merah ke zon hijau – KP Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) semalam menasihatkan agar tiada pergerakan rentas negeri bagi individu dari kawasan Zon Merah COVID-19 ke kawasan lain khususnya ke Zon Hijau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata saranan itu bagi mengelakkan berlaku penularan wabak itu dari zon merah ke kawasan lain.

Beliau meluahkan kebimbangan akan berlaku penularan baharu sekaligus menyebabkan kes COVID-19 meningkat selepas sambutan Aidilfitri.

“Kalau boleh jangan balik kampung, duduk di rumah dan sambut Aidilfitri secara tertutup serta elak aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di KKM, semalam..

Saranan itu dibuat susulan laporan mengenai seorang wanita mengandung di Kelantan dikesan positif COVID-19 selepas melakukan pergerakan dari Kuala Lumpur ke negeri itu.

Memperincikan kes itu, Dr Noor Hisham berkata wanita terbabit merentas negeri dari Ampang, Kuala Lumpur iaitu Zon Merah COVID-19 ke kampungnya di Kelantan yang diklasifikasikan zon hijau sejak sebulan lepas.

“Kes ini telah sampai ke kampung (wanita berkenaan) yang berhasrat untuk bersalin di situ. Beliau ke Klinik Kesihatan bagi menjalankan saringan kesihatan dan apabila melaksanakan ujian, beliau dikesan positif.

“Selain giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak bagi kes itu, KKM masih menyiasat punca wanita itu dijangkiti sama ada ketika berada di kawasan Zon Merah atau sebaliknya,” tambahnya.

Mengenai sama ada individu dengan permit merentas negeri perlu menjalani ujian saringan COVID-19, beliau berkata setakat ini, hanya individu yang bergejala perlu menjalani saringan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM sudah mengenalpasti sembilan kontak kepada seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di Kedah yang disahkan positif COVID-19 ketika membuat saringan sebagai syarat sebelum boleh pulang ke Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai ubat baharu yang dibangunkan China dipercayai mampu mengekang jangkitan COVID-19 sementara menunggu vaksin, Dr Noor Hisham berkata KKM telah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu.

“Kita (KKM) telah dimaklumkan tetapi ia masih di peringkat awal. Banyak kajian dijalankan untuk vaksin dan ubat-ubatan tetapi apa yang pasti ialah mereka perlu menjalani penyelidikan untuk memastikan ubat itu berkesan. Kita masih menunggu lebih banyak maklumat daripada kajian itu,” katanya.

Dilaporkan sebuah makmal di China sedang membangunkan ubat yang dipercayai mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin,

Ubat itu dikatakan sedang diuji oleh saintis di Universiti Peking, China bukan hanya memendekkan tempoh masa penyembuhan, malah ‘menawarkan’ imuniti jangka pendek daripada dijangkiti virus itu.

Mengenai laporan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dihantar pulang didapati positif COVID-19, Dr Noor Hisham berkata Pejabat Kesihatan Daerah sedang aktif melakukan siasatan dan punca jangkitan.– BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira