ARTIKEL

Kluster Seruas dikesan di daerah Beluru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak mengisytiharkan satu lagi kluster baharu di negeri ini iaitu Kluster Seruas di daerah Beluru.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kluster komuniti itu melibatkan sebuah rumah panjang di Serawong Tengah, Seruas, Bakong di Daerah Beluru.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-4,308 yang merupakan seorang perempuan berumur 61 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 28 Januari lalu.

“Perebakan jangkitan dipercayai berlaku melalui kontak rapat pengunjung semasa upacara pengkebumian di rumah panjang tersebut pada 25 hingga 27 Januari lalu, ” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya hasil pengesanan aktif dan saringan kontak rapat kepada indeks kes dan penduduk di rumah panjang Serawong Tengah, penambahan 58 kes positif baharu telah dikesan.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 150 individu telah disaring, iaitu 59 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 29 individu negatif, dan 62 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Susulan itu, rumah panjang tersebut juga telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ini sekali gus menjadikan terdapat 15 kluster Covid-19 yang masih aktif di seluruh Sarawak setakat hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,