ARTIKEL

Royston (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang KMKK dalam program tersebut, semalam.

KMKK Perlu Mandiri, Jangan Hanya Bergantung pada Kerajaan – Royston

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk mengadakan aktiviti di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata ini termasuklah amalan bergotong-royong bersama penduduk kampung.

“Amalan bergotong-royong ini perlu dilaksanakan bagi membersihkan kawasan kampung masing-masing.

“Justeru, amalan ini sekurang-kurangnya perlu diadakan setiap tiga bulan sekali bagi memastikan kesejahteraan dan kebersihan kampung,” katanya.

Royston menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima.
Royston merakam kenangan bersama yang lain selepas program tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Agihan Bakul Makanan bertemakan “Pemadam Care For You, Jauhi Dadah Hidup Penuh Erti” di Dewan Sri Pekala, Kampung Kuala Lama, semalam.

Dalam pada itu, Royston menegaskan bahawa KMKK perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan aktiviti di setiap kampung terus diadakan.

Jelasnya, aktiviti perlu diadakan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan pihak kerajaan, sebaliknya mencari inisiatif lain.

Sehubungan itu, Royston turut menyampaikan sijil pelanjutan kepada 35 individu serta surat lantikan baharu kepada empat orang KMKK di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian.

Menyentuh mengenai program tersebut, ia merupakan anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Mukah.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan menjalani kehidupan yang lebih sejahtera tanpa dadah.

Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada masa sama, Royston turut menyampaikan bakul makanan sempena sambutan bulan Ramadan kepada 70 orang asnaf di kawasannya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip; Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias; dan Temenggung Hendi Suhai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU