ARTIKEL

FRANK bergambar kenangan bersama-sama wakil pelbagai agensi seusai Mesyuarat JPBD dan Wabak Daerah Lingga Bil.1/2025 di sini, semalam. | Foto. UKAS

KMKK perlu pastikan laporan berkaitan bencana disalurkan secara tepat kepada pihak berkuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LINGGA: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) bertanggungjawab memastikan laporan berkaitan bencana disalurkan secara tepat kepada pihak berkuasa.

Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani berkata, KMKK disaran memainkan peranan lebih proaktif dalam kesiapsiagaan dan pengurusan risiko bencana di peringkat komuniti.

“KMKK perlu menjadi penghubung utama antara agensi kerajaan dengan penduduk kampung… menyampaikan maklumat sahih, memberikan peringatan larangan pembakaran terbuka serta menyelaras tindakan awal semasa kecemasan.

“Sebagai pimpinan akar umbi, mereka bertanggungjawab memastikan laporan berkaitan bencana disalurkan secara tepat kepada pihak berkuasa,” katanya semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Wabak Daerah Lingga Bil.1/2025 di sini, semalam.

Jelasnya, latihan kesiapsiagaan kepada KMKK, belia dan sukarelawan wajar ditekankan agar komuniti lebih bersedia menghadapi bencana dari segi mental, fizikal dan logistik.

Terdahulu, mesyuarat yang disertai agensi teknikal seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sri Aman membincangkan isu seperti gelombang haba, jerebu dan pelan tindakan sempena Monsun Barat Daya.

Antara isu lain yang dibangkitkan, tekanan air rendah di beberapa kampung dengan cadangan agar JBALB menilai semula kapasiti sistem bekalan sedia ada.

Selain itu, cadangan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi kawasan pedalaman turut mendapat perhatian, memandangkan jarak balai bomba sedia ada yang jauh menyukarkan tindak balas kecemasan.

KMKK juga digesa menyemak semula lokasi pili bomba dan menggalakkan penyediaan alat pemadam api di rumah panjang serta premis awam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU