ARTIKEL

Juanda ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama JKKK Zon Sekaan Besar Matu, hari ini.

KMKK perlu peka isu penduduk kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memainkan peranan penting memastikan kesejahteraan serta kepentingan penduduk di kampung masing-masing terpelihara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, KMKK perlu peka terhadap permasalahan penduduk dan menjadi penghubung antara masyarakat dengan kerajaan.

Antara penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut.

Maklumat mengenai isu yang berlaku di peringkat kampung penting untuk dikenal pasti sebelum dibawa kepada agensi berkaitan bagi mendapatkan tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Sekaan Besar Matu di Dewan Majlis Daerah Matu Daro (MDMD), di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN… Juanda merakamkan kenangan bersama-sama tetamu yang hadir pada majlis itu.

Juanda berkata, perjumpaan itu menjadi platform untuk menghimpunkan isu yang dibangkitkan KMKK dan JKKK sebelum disalurkan kepada agensi kerajaan berkaitan.

Menurutnya, KMKK dan JKKK juga perlu mengadakan mesyuarat secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai isu serta keperluan penduduk di kampung masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng turut mengingatkan KMKK supaya sentiasa berhubung dengan masyarakat setempat bagi mendapatkan maklumat mengenai permasalahan yang dihadapi.

Katanya, kepekaan KMKK terhadap keadaan semasa di kampung dapat membantu kerajaan memahami isu di peringkat akar umbi dengan lebih jelas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU