ARTIKEL

Albert dan Tang bersama dengan para pelajar KVK yang berjaya memenangi anugerah dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa Indonesia 2024

Kolej Vokasional Kuching raih anugerah perak, gangsa dalam pertandingan inovasi di Bali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kolej Vokasional Kuching (KVK) berjaya meraih anugerah perak dan gangsa sempena Pertandingan Inovasi Antarabangsa Indonesia 2024 yang berlangsung di Bali pada 28 hingga 31 Ogos lalu.

Albert dan Tang bersama dengan para pelajar KVK yang berjaya memenangi anugerah dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa Indonesia 2024

Pertandingan itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia dengan kerjasama Pusat Prestasi Nasional Indonesia dan Persatuan Promosi Reka Cipta dan Inovasi.

Kedua-dua anugerah tersebut diraih melalui penyertaan KVK dalam Kategori Kulinari dan Makanan, dengan penyertaan peserta berumur 18 tahun ke atas di bawah bimbingan dua guru pengiring iaitu Albert Tajo Miva dan Tang Tien Mee.

Menurut Albert, anugerah perak diraih oleh Wardina Batrisyia Nasib dan Syamimi Yasmin Yusri, manakala anugerah gangsa pula oleh Mohammad Firdaus Roslan, Nik Afiq Nik Mohd Azan dan Hans Christopher Franklin Stephen.

Katanya, beliau dan Tang menggalas tanggungjawab yang begitu besar demi memastikan produk yang dihasilkan oleh peserta dari KVK mampu mencapai standard inovasi dalam pertandingan tersebut.

Pada masa sama, beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS), Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Kemuncak Resources Sdn Bhd dan juga Pludec Stones & Construction selaku penaja yang telah menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Katanya, kejayaan yang dicapai ini menandakan dedikasi dan usaha kolaboratif pihak KVK bersama dengan semua pihak yang terlibat dalam memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU