ARTIKEL

Komitmen Bonnie, jurulatih jadi azimat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Datuk Seri Fatimah Abdullah mengucapkan tahniah kepada jaguh powerlifting para Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin, 22, atas kejayaannya meraih pingat emas pada Kejohanan Powerlifting Dunia 2021 yang berlangsung di Tbilisi, Georgia, Rusia malam tadi.

Menurut Fatimah, usaha keras serta komitmen jitu dipamerkan Bonnie Bunyau sepanjang saingan membuahkan hasil.

“Komitmen yang diberikan ketua jurulatih (Jamil Adam) sepanjang melatih anak didiknya selama ini berjaya menyaksikan kejayaan hebat Bonnie,” ujar beliau.

Beliau percaya sokongan daripada Kerajaan Sarawak menerusi pemberian insentif yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini antara pencetus semangat Bonnie.

Bonnie seperti yang diramal berjaya meraih pingat emas dalam kategori kegemarannya 72kg dengan angkatan terbaiknya 210kg.

Beliau mengatasi dua pencabarnya iaitu Peng Hu dari China selaku pemenang pingat perak dengan angkatan 196kg dan Shaaban Ibrahim dari Mesir selaku pemenang pingat gangsa dengan angkatan 195kg.

Lebih manis kejayaan Bonnie melayakkannya beraksi secara automatik ke temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha