ARTIKEL

Komitmen kerajaan teguhkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SENTOSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, hari ini menyerahkan geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM66,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Kuil Chin Kiun Thai Ti dan Tai Pak Kung di Jalan Semaba bagi menyokong kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di rumah ibadat tersebut.

Simbolik sumbangan disampaikan kepada pengerusi jawatankuasa kuil, Liew Thian Kho, dengan disaksikan Penghulu Lai Boon Khee, Kapitan Lee Tho Fung dan ahli jawatankuasa lain.

Geran berkenaan diluluskan di bawah komitmen berterusan Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk membantu badan keagamaan bukan Islam, khususnya dalam memastikan rumah ibadat kekal selamat, berfungsi dan kondusif untuk masyarakat.

Menurut Wilfred Yap, bantuan itu mencerminkan keprihatinan dan dasar inklusif kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa memberi perhatian kepada keharmonian antara kaum dan agama di negeri ini.

“UNIFOR terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin perpaduan, selain membantu rumah ibadat bukan Islam mengekalkan peranan mereka sebagai pusat komuniti.

“Sokongan ini memastikan kuil bersejarah seperti ini dapat terus berkhidmat kepada masyarakat Semaba dan Kota Sentosa,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen jawatankuasa pengurusan kuil yang sentiasa berusaha memelihara warisan budaya dan memastikan kuil kekal sebagai pusat perhimpunan penting, terutama ketika perayaan dan aktiviti kemasyarakatan.

Sementara itu, Liew merakamkan penghargaan kepada Wilfred Yap dan Kerajaan Sarawak kerana bantuan diberikan akan meringankan perancangan penambahbaikan mereka serta memastikan pusat keagamaan dan budaya itu terus menjadi simbol perpaduan serta tradisi masyarakat setempat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road