ARTIKEL

Komitmen tinggi bangunkan Saribas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Rakyat yakin dengan keupayaan Kerajaan Sarawak serta kepimpinan sedia ada yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam berkata, rakyat di kawasannya yakin kepimpinan Abang Johari sekarang ini berada di landasan betul ke arah negeri maju menjelang 2030.

“Bagi kami di Saribas, Abang Johari sudah menunjukkan komitmen tinggi dalam membangunkan Sarawak.

“Terutama dengan penjanaan pelbagai sumber untuk memajukan negeri selain pengenalan inisiatif yang memberi banyak manfaat kepada rakyat,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap pembangunan luar bandar yang menjadi fokus Ketua Menteri dapat dirancakkan dengan pelaksanaan projek infrastruktur, pelbagai program pertanian dan pembangunan tanah serta langkah mengurangkan beban rakyat luar bandar.

“Tahniah Abang Johari kerana sudah mengemudi Sarawak dengan cemerlang dalam tempoh 36 bulan ini.

“Salah satu buktinya, menerusi Belanjawan Sarawak 2020 iaitu Kerajaan GPS tidak bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kita sokong GPS, kita sokong Abang Johari… demi memastikan Bumi Kenyalang maju dan ak Sarawak terus terpelihara,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu