ARTIKEL

Kompleks Kubah Ria tiada kaitan dengan kluster Pasar Satok, beroperasi seperti biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pihak pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Sarawak) mengumumkan yang Kompleks Kubah Ria masih dibuka kepada orang ramai dan beroperasi seperti biasa.

Pihak SEDC dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kompleks tersebut tiada kaitan dengan kluster Pasar Satok.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumkan bahawa hanya kluster Pasar Satok sahaja yang ada kes positif Covid-19 dan bukannya di Kompleks Kubah Ria.

Justeru, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak mempercayai khabar angin mengenai Kompleks Kubah Ria yang tidak terlibat langsung dengan kluster Pasar Satok yang terletak di bangunan premis berlainan.

Kesemua peniaga di Kompleks Kubah Ria juga menjalankan perniagaan mereka seperti biasa dengan mengikuti standard prosedur operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak JPBNS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU