ARTIKEL

KENANGAN…Chee How merakamkan gambar bersama-sama komuniti kejiranan Sungai Maong di sini, malam tadi.

Komuniti Sungai Maong perkukuh keselamatan melalui SRS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas empat tahun dirancang, Pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sungai Maong akhirnya dibuka secara rasmi sebagai simbol komitmen penduduk dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan mereka.

Pelancaran pondok itu menandakan usaha kolektif komuniti yang proaktif dan bukan sekadar bergantung kepada pihak berkuasa.

Pengerusi penganjur program, Yiew Leong Yee, berkata pondok tersebut lebih daripada sekadar struktur fizikal.

“Ia adalah manifestasi kesungguhan komuniti untuk memastikan kawasan ini kekal selamat dan tenteram. Dengan sokongan ADUN Batu Lintang dan penduduk setempat, kita akhirnya melihat impian ini menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sungai Maong di sini, malam tadi.

Sementara itu, ADUN Batu Lintang, See Chee How, berkata keselamatan merupakan tanggungjawab bersama.

“Setiap individu mempunyai peranan untuk menjaga keselamatan kejiranan. Ini kerana keamanan dan keharmonian kawasan kita bukan hanya tugas pihak berkuasa, tetapi hasil kerjasama aktif komuniti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden SRS Sungai Maong, Desmond Ong Eng Gin, berkata pasukan mereka kini terdiri daripada 30 ahli aktif yang menjalankan rondaan mingguan di kawasan sekitar.

“Kami juga mempunyai kumpulan sembang komuniti di aplikasi WhatsApp yang melibatkan kira-kira 400 penduduk. Kumpulan ini membolehkan maklumat keselamatan dikongsi dengan pantas, aduan ditangani segera dan SRS diberi kuasa untuk melaksanakan sekatan jalan raya jika perlu,” katanya.

Chee How menandatangani plak perasmian Pondok SRS Sungai Maong

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan