ARTIKEL

Hamidah (tengah) menyerahkan Jalur Gemilang kepada salah seorang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dalam Program KMJG, hari ini.

Konsep Malaysia Madani selaras aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Tema Malaysia Madani: Rakyat Disantuni amat signifikan kerana mencerminkan komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam membina masyarakat penyayang serta inklusif.

Pegawai Daerah Matu, Hamidah Halpi berkata, konsep Madani ini juga selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030.

“Bagi kita di Sarawak, konsep Rakyat Disantuni ini amat bermakna kerana ia memastikan tiada wilayah atau komuniti terpinggir dalam arus pembangunan negara.

“Kerajaan Sarawak bersama Kerajaan Persekutuan juga akan sentiasa memastikan hak autonomi negeri ini dipelihara sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat di semua peringkat,” katanya.

Kibar… Hamidah bersama yang lain mengibarkan Jalur Gemilang dalam program tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk bersama-sama menyertai kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Ujarnya, inilah peluang terbaik untuk menzahirkan rasa cinta dan kesetiaan kepada tanah air tercinta melalui kibaran Jalur Gemilang yang megah di setiap rumah.

“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kebangsaan, malah memperkukuh ikatan perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

Hamidah menyempurnakan majlis pelepasan konvoi Kembara KMJG itu.

“Pada masa sama, ia melambangkan semangat kebangsaan dan kesatuan kita dalam menghargai kemerdekaan negara.

“Kita perlu ingat bahawa setiap langkah kecil yang diambil untuk menunjukkan cinta kepada negara akan memberi impak besar kepada generasi muda,” jelasnya.

Hamidah turut menegaskan bahawa kita perlu memastikan Malaysia, khususnya Sarawak, terus berdaya saing di persada dunia.

Tambahnya, setiap usaha hari ini adalah asas kecemerlangan masa depan, dan dengan semangat kerjasama kita mampu menegakkan maruah bangsa serta mengharumkan nama Malaysia tercinta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU