ARTIKEL

Abang Johari bercakap dalam sidang media pada Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali di sini, hari ini.

Konsulat Jeneral Republik Singapura bakal ditubuhkan di Kuching dan Kota Kinabalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALI: Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan Konsulat Jeneral Republik Singapura di Kuching dan Kota Kinabalu.

Perkara itu didedahkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata keputusan itu memberi makna hubungan antara Malaysia dan Singapura akan dipertingkatkan lagi dengan penubuhan Konsulat Jeneral Republik Singapura di Sarawak dan Sabah.

“Ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi antara Singapura dan Malaysia, khususnya untuk Sarawak (dan Sabah).  Tambahan pula, kita telah melihat peningkatan ketibaan pelancong Singapura ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali di sini, hari ini.

Abang Johari berkata semasa Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura ke-10 baru-baru ini, beliau bercakap dengan Menteri Pengangkutan Persekutuan Anthony Loke mengenai pemerolehan MASWings Sdn Bhd untuk syarikat penerbangan butik Sarawak oleh kerajaan negeri.

Beliau mengemukakan idea agar kerajaan Singapura mempertimbangkan untuk membenarkan syarikat penerbangan butik negeri itu datang ke Singapura.

“Ini akan mengukuhkan lagi bukan sahaja industri pelancongan Sarawak, tetapi juga untuk Singapura.  Sebagai hab, terdapat ramai pelancong datang ke Singapura dan kami ingin membawa mereka ke Kuching (dan Sarawak) dan sebaliknya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU