ARTIKEL

Koperkasa KE-12 terbaik di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad diiktiraf sebagai koperasi ke-12 terbaik di negara ini.

Pengerusi Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad Fathi Hambali berkata, sehubungan itu, Koperkasa menyasarkan kelompok 10 koperasi terbaik di Malaysia dalam beberapa tahun akan datang.

Beliau berkata, dengan kemampuan dan perkembangan teknologi, salah satu pencapaian Koperkasa pada 2020 ialah pembinaan sistem atas talian iaitu Portal myKoperkasa yang membolehkan anggota memeriksa baki akaun dan membuat pengeluaran secara dalam talian.

“Koperkasa juga diiktiraf sebagai salah satu kopera-si terbaik dalam kelompok 100 koperasi terbaik di Malaysia dengan Koperkasa mencapai kedudukan ke-24 bagi 2017, kedudukan ke-16 bagi 2018 dan kedudukan ke-16 bagi 2019,” katanya pada majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada pemenang di ibu pejabat Koperkasa Kuching baru-baru ini.

Fathi berkata, secara keseluruhan, Koperkasa masih mampu memberi pulangan yang kompetitif dan memberikan sumbangan kebajikan kepada anggota seperti sumbangan bantuan bencana banjir kepada yang layak pada baru-baru ini.

…… untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini…

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU