ARTIKEL

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika temu bual dalam Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Enam negeri terima peruntukan pembangunan RM21.26 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan yang mengambil kira keperluan berbeza setiap negeri.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, menyatakan bahawa enam negeri tersebut ialah Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah, Sabah, dan Sarawak, dengan agihan itu merangkumi komitmen pembangunan infrastruktur serta pelaksanaan projek yang telah diumumkan.

Beliau menjelaskan bahawa perbelanjaan pembangunan tersebut bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi serta merapatkan jurang pembangunan antara negeri, selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tanpa mengira perbezaan politik.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM83 bilion dalam Belanjawan 2027, tumpuan utama diberikan kepada pembangunan infrastruktur, pewujudan potensi ekonomi, peningkatan mobiliti sosial, serta pembangunan sekolah, kemudahan kesihatan, dan usaha menangani kesan perubahan iklim seperti dilapor Bernama.

Akmal Nasrullah turut menegaskan bahawa Kementerian Ekonomi kini menilai pelaksanaan kajian terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan projek bagi memastikan setiap projek mencapai objektif yang dirancang dan mengelakkan pembaziran.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU