ARTIKEL

Fathi (duduk tengah) bersama yang lain menunjukkan kadar tahun 2024.

KOPERKASA umum agihan dividen sebanyak 8.0 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) telah mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 8.0 peratus kepada semua anggotanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Menurut Pengerusinya, Fathi Hambali, pengumuman itu dibuat setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 4 Julai lalu.

“Pengagihan ini melibatkan lebih kurang 25,000 orang ahli KOPERKASA di seluruh Sarawak.

“Agihan ini mencerminkan prestasi kukuh KOPERKASA serta komitmen dalam memastikan dividen yang mampan dan berpatutan kepada anggota-anggotanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dividen dan pulangan atas simpanan yang akan dibayar kepada anggota-anggotanya adalah dividen modal syer, dividen modal yuran bulanan dan pulangan atas simpanan peribadi.

Jelasnya, jumlah keseluruhan dividen adalah 8.0 peratus, bersamaan RM4,170,108.

Kejayaan ini adalah hasil pengurusan kewangan yang berhemah dan kerjasama erat antara pihak pengurusan, kakitangan dan sokongan padu daripada anggota serta bimbingan daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

“Bagi pihak ALK, saya menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia atas kepercayaan yang diberikan.

“KOPERKASA akan terus komited memperkukuhkan kedudukan kewangan koperasi dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang dapat memberi manfaat berterusan kepada semua anggota,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pengeluaran juga boleh dilakukan secara atas talian dengan mendaftar sebagai pengguna portal myKOPERKASA aau mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Dividen yang boleh diambil di semua pejabat KOPERKASA di Sarawak atau muat turun dari laman web KOPERKASA www.koperkasa.com.my.

Dividen dan pulangan atas simpanan peribadi boleh dikeluarkan mulai 21 Julai ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU