ARTIKEL

Penguat kuasa KPDN Sarawak memeriksa stesen minyak di sekitar bandar raya ini bagi memastikan bekalan minyak diesel diterima sepenuhnya. Foto KPDN Sarawak.

KPDN Sarawak periksa stesen minyak, pastikan bekalan diesel diterima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menjalankan pemeriksaan di stesen minyak sekitar bandar raya ini, hari ini.

Menurut pejabat kementerian itu di laman Facebook, ini bagi memastikan bekalan diesel bersubsidi yang dihantar diterima sepenuhnya oleh stesen-stesen minyak, bagi tambahan kedua kuota pukal terminal untuk diesel bersubsidi.

“Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiarinya, tindakan akan diambil di bawah Akta yang sama tanpa kompromi,” katanya dalam hantaran, hari ini.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui e-aduan.kpdn.gov.my, Tel KPDN Sarawak 082-537703 (Bilik Gerakan), Whatsapp : 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna) dan Talian Hotline 1-800-886-800.

Sebelum ini pejabat tersebut memaklumkan
Petronas Dagangan Berhad (PDB) ketika ini sedang melaksanakan penghantaran bahan api tersebut.

Penghantaran bekalan minyak diesel dilaksanakan hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api tersebut sejak beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, pihaknya turut menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berhubung penghantaran bekalan minyak tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU