ARTIKEL

KPK gesa pihak berkepentingan terus melabur dalam R&D&C produk getah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menggesa semua pihak berkepentingan untuk terus melabur dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) produk getah untuk membolehkan penggunaan teknologi terkini dan amalan terbaik.

Ketua Setiausaha Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata langkah ini akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja serta memastikan industri akan dapat memenuhi permintaan pasaran global yang berubah.

“Strategi kami turut melibatkan mengenal pasti dengan teliti produk tertentu yang berpotensi tinggi dalam segmen hiliran dan menggariskan keperluan infrastruktur yang penting.

“Ini termasuk akses fizikal, kewangan, manusia dan pasaran.

Kami perlu mengenal pasti produk getah yang baik dengan kaedah dan sumber yang sesuai untuk membantu ia berkembang,” katanya pada majlis perasmian Hari Padanan Pengkomersialan (ComMATCH) 2023 Majlis Getah Malaysia (MRC) di sini semalam.

ComMATCH 2023 anjuran MRC kembali untuk edisi kedua dari 19 hingga 22 Okt 2023.

Mad Zaidi berkata kementerian menyedari peralihan global ke arah produk dan amalan yang mampan dan mesra alam.

“Oleh itu, kami berusaha untuk menggalakkan kemampanan dan pendekatan tanggungjawab alam sekitar, yang penting kepada kejayaan jangka panjang industri getah.

“Kami percaya bahawa R&D&C yang berjaya akan memainkan peranan penting dan Malaysia perlu menjadi peneraju dalam menghasilkan produk getah yang lebih mampan dan mesra alam, sejajar dengan matlamat Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030.

“Malaysia bersedia untuk era baharu pertumbuhan dan kepelbagaian dalam industri getah.

Komitmen kerajaan untuk mensinergikan transformasi rantaian nilai industri getah adalah berterusan.

Kami yakin Malaysia akan kekal sebagai peneraju global dalam industri getah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MRC Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata pihaknya komited sepenuhnya untuk memperkukuh R&D&C di negara ini, sejajar dengan misi kementerian untuk mengekalkan Malaysia sebagai pengeksport utama produk getah berkualiti tinggi.

“Ciptaan menjadi tidak bermakna apabila ia tidak dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan mencapai pasaran.

Pengkomersialan yang membolehkan kita menukar penyelidikan dan idea kepada produk dan perkhidmatan yang berdaya maju yang dapat memberi manfaat kepada seluruh dunia.

“Kami berharap ia juga boleh menjadi antara saluran yang dapat menambah baik keadaan harga semasa,” katanya.

Pada majlis itu, MRC melancarkan tiga inisiatif baharu, iaitu Dana Pengkomersialan MRC (MCF), MRC Commercialisation Booklet dan Platform Padanan Dalam Talian Pengkomersialan MRC.

MCF diperkenalkan untuk menyokong proses membawa hasil R&D berkaitan getah ke pasaran untuk dikomersialkan dan menambah baik produk getah sedia ada untuk dikomersialkan semula dengan fungsi dan harga yang lebih baik.

MRC Commercialisation Booklet dan Platform Padanan Dalam Talian Pengkomersialan MRC menjadi kaedah penting untuk memastikan maklumat yang berkaitan dapat diakses oleh semua pemain industri untuk meningkatkan peluang lebih banyak inovasi dan produk baharu dikomersialkan.

MRC turut bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyBIG Sdn Bhd untuk menggunakan penyelesaian menoreh getah berautomasi dan teknologi berkaitan yang lain di ladang getah terpilih di Malaysia.

Ia turut memeterai MoU dengan Malaysian Eco Rubber Co UK Ltd, rakan kongsi antarabangsa milik Malaysia untuk usaha niaga getah baharu di pasaran Eropah dan Timur Tengah. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim