ARTIKEL

KPM dicadang perkenal dasar guru berkhidmat di negeri sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadang untuk melaksanakan dasar yang memberi keutamaan kepada guru-guru dari Sarawak berkhidmat di negeri kelahiran sendiri.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ia sebagai usaha mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar, selain menangani isu penolakan tawaran berkhidmat guru dari negeri lain.

“Kemungkinan guru-guru luar Sarawak yang menolak tawaran untuk berkhidmat ke negeri ini disebabkan tidak berminat; kurang kesedaran atau mengalami masalah tertentu.

“Justeru, KPM boleh melaksanakan usaha lain yang tidak menjurus secara paksaan.

“Antara yang dicadangkan adalah memperkenalkan dasar yang membenarkan semua guru dari Sarawak, secara automatik kembali ke negeri ini untuk mencurah bakti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog TVS: Dasar pendidikan Sarawak seiring pembangunan yang disiarkan malam tadi.

Mengulas lanjut kata Dr Annuar, sekiranya dasar tersebut dilaksanakan, beliau percaya ramai guru-guru kelahiran Sarawak yang mengajar di Semenanjung bersedia untuk berkhidmat di negeri sendiri.

Sehubungan itu kata, Kerajaan Sarawak berusaha mengambil langkah tegas dan drastik bagi menangani isu berkaitan pendidikan dan berharap agar isu kekurangan guru dan hal-hal lain diselesaikan segera pada tahun hadapan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU