ARTIKEL

Zambry ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

KPT Bersedia Bantu Sarawak Naik Taraf ICATS Kepada Universiti Penuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia membantu Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan proses naik taraf Kolej Universiti i-CATS (ICATS) kepada universiti penuh.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata institusi berkenaan juga menunjukkan perkembangan yang baik dan pihaknya menghargai usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Di peringkat KPT, kami bersedia membantu dan memudahkan usaha Kerajaan Sarawak dalam menaik taraf ICATS yang kini berstatus kolej universiti kepada universiti penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah, KPT tidak mempunyai sebarang halangan dengan usaha menaik taraf ICATS memandangkan institusi itu beroperasi dengan baik, mempunyai kampus sendiri serta kini berstatus kolej universiti.

“Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyokong usaha tersebut seperti yang diumumkan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujarnya.

Ditanya tempoh pelaksanaan proses naik taraf tersebut, beliau memaklumkan KPT akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi memastikan semua syarat dan keperluan yang ditetapkan dapat diselesaikan.

Sebelum ini, Abang Johari mengumumkan bahawa ICATS kini secara rasmi diiktiraf sebagai universiti penuh selepas Kerajaan Sarawak menerima keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung status institusi pengajian tinggi itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU