ARTIKEL

KPWK kolaborasi dengan agensi kerajaan anjur program celik anti penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan berkolarborasi bersama-sama agensi kerajaan dalam menganjurkan program celik anti penipuan yang kian berleluasa ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung jenayah tersebut.

Katanya, program tersebut akan diadakan 25 Julai ini membabitkan bandar-bandar utama di negeri ini serta kawasan-kawasan yang turut mencatatkan kes penipuan.

“Kolaborasi dilakukan supaya kita dapat perluaskan dari segi bilangan komuniti yang mendapat faedah daripada program celik anti penipuan ini.

“Objektifnya bukan sahaja memberi kesedaran tetapi juga sebagai langkah pencegahan dan sekiranya terjebak, apa yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Program Anti Scam di Wisma Wanita, di sini hari ini.

Di samping itu katanya, program seumpama ini turut melibatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kumpulan sasar yang tersendiri.

Jelasnya, kumpulan NGO ini akan menganjurkan program kepada ahlinya, sekaligus meningkatkan dan memperluaskan kesedaran jenayah penipuan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, perkhidmatan kaunseling turut diberikan kepada mangsa yang masih terkesan dengan jenayah penipuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU