ARTIKEL

Profesor Dr. Novel Lyndon

KR dijangka isi kekosongan dua jawatan menteri – Penganalisis politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketika spekulasi rombakan kabinet semakin hangat diperkatakan, penganalisis politik, Profesor Dr. Novel Lyndon, menjangkakan PKR akan terus menguasai dua kerusi menteri yang kini kosong.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku kejutan politik susulan isu kemasukan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam parti berkenaan (PKR).

“Kemelut yang timbul berikutan permohonan Tengku Zafrul menyertai PKR boleh mencetuskan dua kemungkinan besar dalam penyusunan semula kabinet kali ini.

“Pertama, terdapat perubahan dalam portfolio menteri antara PKR dan UMNO.

“Kedua, Khairy Jamaluddin, mantan menteri dan bekas ahli UMNO, mungkin diberi ruang dengan justifikasi menarik perhatian golongan muda, mungkin sebagai senator,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Menurutnya, peletakan jawatan dua menteri daripada PKR menjadikan rombakan kabinet sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Rundingan antara PKR dan UMNO dijangka berlaku bagi menentukan pengisian jawatan tersebut. Namun, berdasarkan persefahaman awal semasa pembentukan kerajaan perpaduan, PKR dilihat berpeluang besar mengekalkan penguasaan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Lyndon menyatakan bahawa Ahli Parlimen Sarawak tidak akan dilantik sebagai menteri penuh kerana dua jawatan itu ialah milik PKR berdasarkan persetujuan kerajaan perpaduan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU