ARTIKEL

Royston (tiga kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Bengkel BIM 'The Silent World and The Speaking Hands' 2025, hari ini.

Kuasai kemahiran bahasa isyarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat wajar dipelajari dan dikuasai oleh semua lapisan masyarakat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Menurutnya, usaha mempelajari bahasa isyarat amat penting kerana ia mampu membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin terhadap keperluan golongan istimewa.

“Program seperti bengkel bahasa isyarat ini sangat baik untuk disertai oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Ia membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik dan memahami keperluan komuniti orang kelainan upaya (OKU) pendengaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ‘The Silent World and The Speaking Hands’ 2025, di Bangunan Pusat Pentadbiran Baru Mukah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dalam kehidupan seharian, mungkin berlaku situasi yang memerlukan komunikasi segera dengan individu berkeperluan khas, terutamanya ketika melibatkan urusan rasmi atau kecemasan.

“Sekiranya kita mempunyai asas bahasa isyarat, sekurang-kurangnya kita tahu cara untuk berinteraksi dengan mereka.

“Ia juga dapat membantu banyak pihak, termasuk agensi kerajaan yang berurusan dengan masyarakat yang memerlukan,” jelasnya.

Di samping itu, Royston menegaskan bahawa penguasaan bahasa isyarat bukan sekadar pengetahuan teori, sebaliknya perlu dipraktikkan secara berterusan bagi memastikan kefahaman dan kemahiran itu dapat digunakan dengan berkesan.

“Jika belajar tanpa dipraktikkan, lama-kelamaan ilmu itu akan hilang.

“Jadi, kita perlu membiasakan diri untuk menggunakan bahasa isyarat, sekurang-kurangnya dalam interaksi ringkas,” katanya lagi.

Tambahnya, dengan kemahiran asas tersebut, masyarakat bukan sahaja dapat membantu golongan OKU dalam urusan harian, malah memperkukuh nilai empati dan perpaduan sosial dalam komuniti setempat.

RAKAM KENANGAN…Royston merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas majlis tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU